Thursday, April 12, 2012

Puteri Damia kembali! Jangan lupa dapatkan siri mengasyikkan Puteri Damia yang ke-3, PUTERI DAMIA DAN KAMPUNG AJAIB di pasaran. Anda pasti kan teruja!



Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13:
 978-967-401-116-1 
Tarikh Terbit:
 29 Mar 2012
Jumlah Muka Surat :
 80
Kategori: Kanak-Kanak

Puteri Sahara adalah murid baru di sekolah Damia. Seperti Damia, Sahara juga memiliki kawan-kawan ajaib. 

Pada suatu hari, di Kampung Pelita, Lampu Suluh Ajaib Sahara dan Pelita Ajaib Damia bergaduh. Lampu Suluh cuba memusnahkan Pelita kerana menganggap Pelita berbahaya dan akan membakar Lampu Suluh. Lampu Suluh pula menganggap Pelita sudah ketinggalan zaman. 

Damia cuba mendamaikan Lampu Suluh dan Pelita daripada bergaduh dengan tidak menggunakan kekerasan. Namun, Sahara pula sebaliknya. Dia menggunakan kekerasan kerana pada dia kekerasan adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah.

Adakah Damia berjaya mendamaikan Lampu Suluh dan Pelita daripada bergaduh?
 
Bagaimana pula rancangan Sahara? Adakah mereka berjaya? Mahu tahu, bacalah
J

Bukan Sekadar Bayang-bayang

Bukan Sekadar Bayang-bayang
 
Dalam bayang yang sentiasa mengekori
sedar diri diperhati peduli
tidakku lepas dari pandangan-Mu
dari catatan malaikat kiri kananku
biar aku terleka pun
tidak berhenti nikmat diberi.

Ampuni aku, ya Tuhan
saat tidak kuendahkan bayang-bayang
lekaku dengan dunia aman
tetap  Kau alirkan darah dalam tubuhku
memberi nafas nadi hakku
biar berat untukku baca kalam-Mu
seperti mengangkat gunung batu
hingga tiba detik itu
ribut menerpa teduhanku,
saat aku hampir terlepas dari tiang hidupku
saat roh dan jasadku diuji terlalu
tibalah hidayah-Mu
lantas anggukku mengerti
hidup bukan sekadar ikhlas dan baik hati
penting sentiasa ingat Ilahi.

Terima kasih ya, Tuhan,
doa  ini anugerah
menjadi senjata dari kekuasaan-Mu..
dan bayang-bayang itu
tidak segusar lalu.


6 Mar 2011

Wednesday, January 4, 2012

TOPI DAN DADIH


Alhamdulillah, cover buku kanak-kanak di atas adalah novel pembuka tahun 2012 ini. Comel kan! Ini adalah buku kedua ku yang menyampaikan cerita sedih selepas novel Pelangi yang terbit pada tahun 2007. Kisahnya menarik lagi asyik dan memang sedihlah kerana nilai kemanusiaan dan kemasyarakatannya tinggi.  Sudi-sudikanlah beli ya

Topi dan Dadih
IDA MUNIRA
RM 14.00
ISBN: 978-967-0342-10-8
~192 hlm


Apa tu? Bisik hati kecilnya. Dia pun mendekati peti ais itu.“Sarah nak apa?” tanya Encik Borhan apabila dia melihat anaknya lama merenung dadih-dadih itu. Sarah lantas menunjuk ke arah dadih-dadih itu kemudian mengangkat keningnya.“Itu namanya dadih, Sarah nak rasa?” Sarah mengangguk. Encik Borhan pun membeli satu. Kemudian Sarah didudukkan di sebuah bangku yang ada di dalam kedai runcit itu, membiarkan anaknya menikmati dadih.Ketika itu, seorang budak lelaki sudah pun sampai di hadapan sebuah kedai runcit.“Tauke, ni dadih lagi,” kata Aiman seraya meletakkan sebakul kecil dadih di tepi kaunter. “Okey, letak di tempat biasa!” arah Tauke Long.Apabila Aiman menegakkan badan, dia terperanjat melihat seorang budak perempuan sedang memakan dadih buatan neneknya.“Patutlah tauke kata dadih nenek laku,” gumam Aiman sendirian, bangga dengan hasil tangan neneknya.
Tarikh Terbit: 8 Dis 2011

Sunday, November 27, 2011

'ILHAM'KU

Malam itu malam berani
berjuang biar terasa mati
kau 'ILHAM'ku menyinari gelita
lelahku selama membuah lega
oh, ingat denting harapku
lewat munajat puji-pujian
perkasalah tentang musuh Tuhan
murnikan tuju matlamatmu
kerana kau 'ILHAM'ku
menghidup cahaya memadam noda!

23 November 2011

Thursday, October 13, 2011

Ujrah oh ujrah

Emm.. sudah lama tak update blog. Sekarang ini aku tengah sibuk menguruskanp penukaran pinjaman PTPTN ku sewaktu belajar dahulu kepada ujrah. iaitu Upah. bukan lagi bunga 3 % yang terpaksa kuhadapi sebelum ini. Mujur aku hanya ambil pinjaman sewaktu diploma, ijazah aku dapat biasiswa. namun, hutang tetap hutang membebanlan. Apapun, sudah tanggungjawab kita untuk membayar. Cuma kali ini aku lega sedikit apabila sudah ditukar kepada sistem ujrah, lebih islamik. tidaklah aku rasa berdosa kerana secara terpaksa terjebak dalam riba'. Anehnya, aku tidak nampak pun orang heboh pasal ujrah ini di fb atau blog. atau aku yang tidak perasan. Kawan-kawan semua, jika belum menukar pinjaman ke ujrah, lakukanah segera. Moga-moga ptptn dapat melanjutkan tempoh permohonan. Ini kerana penukaran ke ujrah pelru dipohon melalui internet, bukannya berlaku secara automatik. Dala jawapan kepada permohonan ujrah kalian nanti, ada disertakan borang pemotongan gaji. mujur, aku sebagai penulis bebas atau bekerja sendiri diberi kelonggaran tidak mengisi borang tu. aku hanya perlu membuat pembayaran balikpinjaman melalui perbankan internet.

Hutang budi dibawa mati
riba pula menganiaya diri
hutang dosa jangan sekali!